
Sebelum ambil wudhu dia nak ke tandas dulu. Disarungnya selipar masjid. Baru beberapa langkah terus 'gedebuk' dia jatuh
Rupa-rupanya selipar yang dia gunakan dah licin tapaknya. Uzur sangat seliparnya

Selipar jepun memang murah. Harga pun tak sampai RM10. Tapi berapa lama tahannya?
Entah dah berapa ramai orang-orang tua yang pernah jatuh tergelincir selama ini...hmm
Rumah Allah perlukan sandal yang lebih baik dari selipar jepun
Itulah tugas kita sebagai hambaNya. Kita perlu hadiahkan sandal-sandal yang berkualiti
Supaya selesa para jemaah berulang alik ke tandas dan bilik air. Supaya mereka tidak mudah jatuh tergelincir
Paling penting, selagi sandal itu dapat digunakan selagi itulah pahala untuk kita akan mengalir
Kalau selipar jepun mungkin 5-6 bulan dah rosak tapi kalau sandal yang berkualiti tak mustahil 2-3 tahun masih elok keadaannya

huru-hara juga masa ini. Kami tiada stor. Ruang tamu rumah terpaksa jadi stor sementara
Kerja-kerja pembungkusan untuk dihantar ke alamat pembeli...berpeluh-peluh dibuatnya
kami juga bergerak dari masjid ke masjid untuk serahkan sandal-sandal yang telah dibeli dan diamanahkan kami untuk menghantarnya terus ke masjid-masjid
Sandal-sandal yang dihadiahkan masih gagah berkhidmat untuk para jemaah. Masih mampu membawa kaki para jemaah berulang alik ke bilik air setiap masa sepanjang hari
Lokasi : Masjid Kg Pasir
Lokasi : Masjid Ulu Choh
Lokasi : Masjid Uda Utama
Terbukti sandal yang kami hasilkan benar-benar berkualiti. Dapat digunakan bertahun-tahun
Dan dengan izin Allah SWT mengalirlah pahala-pahala kepada yang menghadiahkannya untuk rumah Allah Yang Maha Agung
Kami buka semula PRE-ORDER
Untuk anda dan sesiapa sahaja menghadiahkan sandal-sandal berkualiti tinggi untuk kegunaan para jemaah masjid dan surau
Inilah masanya untuk anda menghadiahkan sesuatu yang istimewa dan bernilai kepada rumah Allah SWT
- Sandal kami mempunyai logo 'KEGUNAAN JEMAAH' yang diemboss bagi mengelakkan kecurian atau dibawa pulang ke rumah
- Tapak sandal adalah tebal dari bahan yang tidak mudah rosak atau merekah untuk ketahanan sehingga 2-3 tahun
- Bunga tapak telah direka bersifat anti gelincir supaya ia sentiasa mencengkam walau di tempat basah
- Juga dilengkapi dengan air cushion untuk berikan lebih keselesaan kepada tumit semasa berjalan
- Didatangkan dengan warna biru yang menarik untuk mudah dikenalpasti oleh para jemaah sebagai sandal kegunaan mereka
- Ini adalah PRE-ORDER bermakna anda membuat pembelian dan sandalnya akan dihantar dalam masa 1-2 bulan selewat-lewatnya (mengikut pengalaman trip pertama tahun 2020 dulu)
- Isikan alamat lengkap anda sebagai penerima kerana sandal yang ditempah akan dihantar terus kepada anda
- Anda akan hantar sendiri sandal-sandal yang ditempah ke masjid atau surau yang anda mahu hadiahkan
- Sandal didatangkan dalam 1 size sahaja iaitu saiz 44. Ini bagi memastikan supaya semua jemaah dapat menggunakannya tanpa ada masalah sempit/kecil
Serendah RM49 untuk hadiah yang cukup istimewa buat rumah Allah Yang Maha Agung (jauh lebih murah dari set ayam mekdi 10 ketul)
Pintu Syurga Yang Hanya Akan Dapat Dimasuki Oleh Orang Yang Bersedekah
Hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Maksudnya: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
Riwayat al-Bukhari, 1764
✅ Setelah anda membuat pembayaran, anda akan menerima whatsapp/sms/email dari kami
✅ Didalamnya akan disertakan link CHANNEL TELEGRAM. Anda perlu sertai channel tersebut
✅ Segala update seperti progres dari kilang, tarikh ketibaan sandal, progres penghantaran dan lain-lain akan kami update di channel tersebut
✅ Di bawah adalah Borang Pembelian
✅ Pilih pek yang anda mahu hadiahkan nanti
✅ Pilih cara pembayaran samada menggunakan sistem pembayaran ToyyibPay yang patuh syariah atau Perbankan Internet yang memerlukan anda upload bukti pembayaran
✅ Pastikan alamat anda lengkap untuk penghantaran
✅ Sertai channel Telegram kami melalui link yang akan diberikan nanti
Ya Allah Yang Maha Pengasih, Kau bukakanlah pintu hati hambaMu yang sedang membaca ini untuk menghadiahkan sandal-sandal ke rumahMU supaya ia akan menjadi asbab untuk dia mudah melangkah masuk ke mahligai syurgaMu di akhirat kelak. Amin YRA...